" F l o w e r "

Mrs Flower "Cikdayahh"

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here

<




Cinta Elysa}
Saturday, October 15, 2011 | 12:27 AM | 0Comment

Alo!
I'am back! dayah tlis entry ny bub nk cite kt korank yank ad citer trbaru kt TV3, Slot Lestary TV3 tu menanyangkan satu lagi drama yang best lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana, yang bertajuk Cinta Elysa. Kalau tak silap ad 13 episod kowt (dapart dari internet la). Zila Bakarin dan Ayam Juvana (Adam Shah) pun berlakon dalam drama ini.
































Watak Ayam @ nama betolnya Adam Shah ny menjadi kawan sekampung kepada Aril (Botak) dalam drama Cinta Elysa ny. Dalam filem ny Botak jadi samseng jugak (haiiy nape la diorank ny slalu bg watak jhat dekat johan ny?), tapi sejahat botak (Aril) ny, dy baek hati tw tak,,,bub to dy boleh jatuh cinta dekat Elysa.


(nak tw sinopsis Cinta Elysa ny?) Click tajuk d'atas (Cinta Elysa)



Sinopsis Cinta Elysa Slot Lestary TV3
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kepad Aril ini mahukan Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anaknya sebelum dia pergi meninggalkan dunia. Dia berpesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril merupakan seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda yang bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Dalam keadaannya dibenci, dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar itu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yang menjadi penghalang.

Walaupun Aril ini nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yang kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tidak suka kepada Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tidak suka Aril hidup mencari rezeki dengan cara tidak elok. Elysa mahukan Aril mencari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Seronokkan cita kisah cinta antara Aril dan Elysa. Mesti korang tak sabar kan nak tengok Botak Juvana berlakon dengan Fasha Sandha (mmm! aku pownxsabar jugak). Drama ny ditayangkan selepas Drama Ana Lulu. But NOW SHOWING 
Dayah kongsikan sekali beberapa gambar dalam babak drama Cinta Elysa.






sekian, thanks 4 reading